Mari membina laman web

Posted: December 19, 2011 in group

Membina laman web …sesuatu yang berada diluar jangkaan saya…tetapi apabila belajar 13 minggu…hasilnya..I CAN DO IT..

banyak ilmu yang diperolehi bukan sekadar belajar tetapi lebih banyak ilmu yang diperolehi apabila membuat tugasan.

kumpulan kami terdiri daripada 3 orang..kami telah merancang untuk membuat laman web bagi tajuk elektrolisis iaitu salah satu tajuk dalam subjek kimia tingkatan 4.

perbincangan telah dibuat dari satu fasa ke satu fasa…

Fasa 1: pemilihan topik bagi laman web
  • topik yang dipilih merupakan topik tingkatan 4
  • buku rujukan telah dipinjam dari perpustakaan sekolah
  • pemahaman terhadap topik diperdalam
Fasa 2: pemilihan teori pembelajaran
  • pemilihan teori dibuat
  • penyusunan nota mengikut teori yang dipilih
Fasa 3: pemilihan rekabentuk laman web
  • rekabentuk informasi
    • merujuk kepada fasa 1
  • rekabentuk interaksi
    • pemilihan ‘button’ yang sesuai
  • rekabentuk visual
    • warna tema
    • jenis tulisan
    • pembahagian paparan
Fasa 4: pembahagian tugas
  • kak masrul : membuat paparan dan login page
  • hanim : membuat kandungan laman web
  • timah : membuat soalan
Fasa 5: pembangunan laman web
  • pembangunan laman web dibuat
Advertisements

Week 13

Posted: December 18, 2011 in Uncategorized

minggu ni ilmu yang diperolehi adalah berkaitan PUBLISHING YOUR WEBSITE

sebelum membuat refleksi..mari membaca NOTA PUBLISHING YOUR WEBSITE

ini merupakan peringkat terakhir pembangunan laman web dimana pembangun menyiarkan laman web ke server. perkara yang paling penting adalah pemilihan web host di mana terdapat web host yang percuma dan berbayar. sekiranya web host itu didapati secara percuma, maka kebiasaannya terdapat banyak iklan tetapi sekiranya berbayar, maka lebih banyak pilihan yang kita dapat.

mari kita membaca maklumat tambahan berkaitan

Web hosting service

Free webhosting

 

 

 

Week 12

Posted: December 13, 2011 in Uncategorized

Pada minggu ini, kita akan masuk ke fasa penilaian laman web…

Web Testing

PENGUJIAN

Sesebuah laman web yang telah siap dibangunkan perlu diuji kerana

  • mengenalpasti kekuatan laman web yang dibina
  • mengenalpasti kelemahan laman web tersebut
  • tujuan penambaikan

sebelum laman web disiarkan

test plan

  • menyediakan senarai semak bagi memastikan semua berfungsi
  • dengan menggunakan senarai semak, perkara yang hendak diuji dapat diuji secara keseluruhan tanpa tertinggal.
  • senarai semak bertujuan mendapatkan jawapan yang konsisten daripada responden.

masalah yang timbul

  • design flaws – masalah antaramuka pengguna contohnya pelabelan semula butang dan paparan skrin.
  • content error– masalah dari segi kandungan contohnya data yang kurang berkualiti, kesalahan ejaan dan gambar yang kurang berkualiti
  • Software/system defects– masalah yang timbul apabila hendak menjalankan laman web

beberapa ujian yang boleh dijalankan

  • functionality testing – ujian bagi program yang terdapat dalam laman web
  • layout testing – uji paparan laman web yang bersesuaian dengan semua setting paparan
  • load testing – menguji ‘berat’ atau kata lainnya kelajuan capaian
  • link testing – menguji kaitan dengan laman web lain sama ada berfungsi atau tidak
  • usability testing – kemudahan kepada pengguna apabila menggunakannya
  • Alpha/Beta testing
  • Peer testin
  • Focus group testing
  • Usability testing

PENILAIAN

Penilaian dibuat dari semasa ke semasa bagi tujuan penentuan sama ada laman web yang dibina baik atau tidak, bersesuaian atau tidak.

Tahap penilaian

  • sumatif
  • formatif
    • sentiasa berterusan
    • tujuan – peningkatan pembelajaran

kaedah penilaian

  • formal
  • tidak formal

Alat penilaian

  • pemerhatian, temubual
  • soal selidik, kumpulan sasaran, analisis, laporan dan perbualan dengan pengguna
  • borang, senarai semak, rubrik

alat penilaian yang hendak dibuat mestilah ditentukan kesahihannya terlebih dahulu supaya penilaian dapat dibuat dengan lebih tepat

Prosedur penilaian

  1. One-to-One
  2. Small-Group Evaluation
  3. Field Testing

mari terus membaca

Evaluating Web Sites: Criteria and Tools

Web Site Evaluation

Evaluation Tool

Evaluating Websites

Week 11

Posted: December 1, 2011 in Uncategorized

Minggu ini merupakan minggu pembentangan 40% dari tugasan pembangunan laman web bagi ketiga-tiga kumpulan.Sesi pembentangan dimulakan oleh kumpulan kami, seterusnya kumpulan mariani dan kumpulan terakhir adalah kumpulan ayuni

Banyak maklumat yang diperolehi setelah melihat pembentangan dari ketiga-tiga kumpulan. Maklumat yang diperolehi dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu mengikut 3 rekabentuk. Gabungan ketiga-tiga rekabentuk sangat penting bagi menghasilkan sesebuah laman web yang baik. Rekabentuk interaksi, informasi dan visual perlulah bergabung dengan baik bagi memastikan laman web yang dihasilkan dapat menarik minat pengguna. Sekiranya salah satu rekabentuk ini tidak dihasilkan dengan baik, maka keseluruhan laman web yang dihasilkan akan terjejas.

 

 

 

Week 9

Posted: November 29, 2011 in Uncategorized

Minggu ini, kami mempelajari tajuk VISUAL DESIGN

Rekabentuk visual adalah perancangan bagaimana laman web kita akan kelihatan. terdapat beberapa ciri laman web yang mempunyai rekabentuk visual yang baik iaitu

  • warna – ada warna identiti dan seragam
  • font @ styles – tulisan yang bersesuaian
  • grafik / elemen multimedia – mengikut keperluan
  • susunan & gabungan – teratur dan kemas

elemen antaramuka pengguna

  1. latar belakang (background) mencerminkan tema- warna dan imej
  2. latar depan (foreground) – kandungan dan capaian, judul, tajuk, subtopik, teks, ilustrasi, keterangan
  3. elemen lain yang menyokong – jenis tulisan, imej, butang, navigasi, animasi, video dan lain-lain

Isu umum

  1. pemilihan tema visual – berkaitan kandungan
  2. gunakan konsep templet – konsisten
  3. gunakan jadual (table), pembahagi (division) atau bingkai (frame) – teratur dan kemas
  4. typography – simple, tidak terlalu banyak typeface, mudah dibaca, tidak menggunakan typeface yang pelik-pelik

****Tema bagi sesebuah laman web terhasil melalui rekabentuk visual***

Peringkat dalam rekabentuk visual

  1. thumbnail sketches
    • pereka merancang aspek visual berkaitan laman web yang direka
    • membuat pilihan rekabentuk paparan laman web.
    • storyboard – inteaksi dalam laman web
    • thumbnail sketches – fokus kepada bagaimana laman web kelihatan
  2. rough sketches
    • pilih 2 atau 3 thumbnail untuk pembangunan seterusnya
    • dilukis dengan lebih teliti, lebih tepat pembahagiannya
  3. prototype
    • contoh yang telah siap direkabentuk

NOTA VISUAL DESIGN

mari teruskan membaca maklumat tambahan

First Impressions Count in Website Design

10 Basic Visual Web Design Mistakes

Visual Design for the Web

INFORMATION DESIGN

presentation about our  group task… 🙂

Adult andragogy

Rekabentuk maklumat yang dihasilkan berdasarkan temubual

Hasil temubual dengan responden

Cikgu Abd Latif Sukimi (46 tahun)

  • interaktif
  • mudah diakses
  • menarik
  • maklumat ada suara, video

Cikgu Ahmad Fuad bin Ramlan (44 tahun – umur sebenar):

  • responden saya ini tidak mahu memberikan kerjasama – tanda-tanda penuaan

Cikgu Azrul Syahrizan bin Ab Rahman (30 tahun bukan umur sebenar)

  • nota tidak sekadar ayat – ada gambar, video (multimedia)
  • nota berbentuk mind-map
  • soalan / ujian yang disediakan jawapan terus (mcm JPJ)-terus dapat keputusan
  • jika jawapan salah – sediakan jawapan betul dan nota berkaitan
  • memerlukan ruangan sumber rujukan – maksudnya ada sumber rujukan
  • ada contact number – yang boleh dihubungi
  • ada ruangan forum – berkongsi pendapat dengan rakan sekelas
  • ada kemudahan download – lebih cepat

Cikgu Sarimah binti Pardi

  • selain dari maklumat sama dengan yang lain-lain
  • boleh upload dan download direct (tanpa memerlukan software lain)
  • ada ‘chatting box’
  • ada video conferencing

Cikgu Mohd Muslim bin Abd Jalil (26 Tahun)

  • mahu interaktif
  • tidak terlalu banyak teks
  • ruangan yang tidak bercampur aduk
  • tidak terlalu banyak warna
  • link setempat – mudah dicari
  • ada ruangan search
  • ada games (yang berkaitan) – lawan-lawan
  • grafik tidak terlalu banyak dan keanak-anakan
  • capaian maklumat cepat
  • link yang tepat – dari sumber yang berasas

Khas buat Ayuni

Posted: November 5, 2011 in Uncategorized

Webpage ini telah direka khas buat Ayuni berdasarkan  soalan temubual yang diberikan kepadanya. Hasil yang diperolehi adalah seperti gambar berikut:

Hasil temubual bersama Ayuni, beliau ingin saya membina satu laman web bagi mempromosikan kedai emasnya. Ayuni inginkan sebuah laman web yang ringkas tetapi menarik. Beliau tidak gemarkan teks yang terlaku banyak dan beliau inginkan laman web bagi kedainya mudah untuk diakses.  Ayuni ingin menggunakan ‘button’ bagi memudahkan pengguna mengakses laman web kedainya bagi mendapatkan maklumat-maklumat lain yang tidak perlu dipaparkan dalam laman utama. ‘button’ yang dipilih merupakan ‘tab button’ dan login button.

dan inilah hasil yang diperolehi