week 5

Posted: October 26, 2011 in Uncategorized

Kesibukan menyelesaikan tugasan menyebabkan post untuk week 5 terlewat hampir dua minggu…namun begitu, penggalian ilmu mesti diteruskan…hehe

Topik yang dibincangkan pada minggu kelima ialah berkaitan perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila kita mereka bentuk sesuatu laman web.  Hasil perbincangan beberapa kumpulan kecil, beberapa perkara berikut telah diambil kira sebagai perkara penting bagi mereka bentuk sesebuah laman web iaitu

  • kandungan
  • target pengguna
  • maklumat yang ingin disampaikan
  • jenis tulisan
  • mesra pengguna dan
  • rekabentuk antaramuka

Namun begitu, terdapat empat perkara yang menjadi keutamaan iaitu

  • kandungan
  • teknologi
  • visual
  • ekonomi

kandungan merupakan perkara yang paling penting dititikberatkan jika dibandingkan teknologi, visual dan ekonomi. ini kerana, kandungan sesuatu projek itu yang akan menjadi asas bagi pembinaan sesebuah laman web. kemudian, visual membantu bagi menampilkan teks yang dipaparkan. seterusnya penggunaan teknologi menjadikan sesebuah laman web itu lebih interaktif dan menarik dan yang akhir sekali kedudukan ekonomi iaitu sekiranya kedudukan ekonomi itu kukuh, maka, laman web yang dihasilkan lebih baik.

Terdapat beberapa kelemahan laman web yang telah terbina pada masa kini antaranya mengelirukan, harapan yang terlalu tinggi dan sukar untuk dicapai atau dimuat turun kerana kandungannya terlalu banyak. oleh itu, sebelum membuat laman web, perancangan perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan laman web yang dibina tersusun rapi, mudah dicapai dan masa memuat turun yang lebih pendek. Maka, rekabentuk laman web ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

  1. rekabentuk maklumat (information design)
    • rekabentuk untuk memastikan tujuan atau matlamat laman web dibina tercapai
  2. rekabentuk interaksi (interaction design)
    • rekabentuk bagi memastikan bagaimana laman web ini berfungs
  3. rekabentuk visual (visual design)
    • rekabentuk paparan yang ingin ditunjukkan kepada pengguna

maklumat lanjut berkaitan ketiga-tiga reka bentuk ini akan dipelajari pada minggu-minggu akan datang.

mari sama-sama kita menambahkan ilmu berkaitan rekabentuk laman web:-

web design

syarikat yang mahir dalam merekabentuk laman web

netbizsolutions

mari menonton video

web design tutorial

 

NOTA BASIC WEB DESIGN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s